Thursday, 8 November 2018

Futsal Piala YB Air Putih Semai Budaya Bersukan

SHARE

Oleh : Aminji

KEMAMAN, 8 November - Kejohanan Futsal Piala YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, di sini, baru-baru ini berjaya menyemai budaya bersukan di kalangan belia setempat.

ADUN Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata, pertandingan itu bukan sahaja mencergaskan minda dan fizikal, malah mengeratkan silaturahim di kalangan peserta dan komuniti setempat.

"Sukan ini bertujuan untuk menyihatkan badan dan dalam masa yang sama dengan bersukan juga kita boleh mengeratkan silaturahim antara sesama kita.

"Bukan soal kemenangan semata-mata yang diburu dalam pertandingan ini, apa yang lebih utama manfaat sebalik pengajuran itu sendiri,"katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kejohanan Futsal 5 Sebelah Piala YB Air Putih anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih dengan kerjasama Belia DUN Air Putih.

Program berlangsung sehari sempena cuti umum Hari Deepavali, Selasa lalu, di Padang Futsal, Bukit Mentok, Air Putih.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: