Thursday, 8 November 2018

Dr Ahmad Samsuri Teruja Bertemu Pelajar

SHARE

 
Dr Ahmad Samsuri (lima  dari kanan) berkata sesuatu kepada pelajar Terengganu di London.
Hubungan Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bukan sahaja akrab (dekat) dengan rakyat biasa tetapi juga dengan pelajar kerana beliau sendiri berasal dari tenaga akademik universiti dan pakar dalam bidang aeroangkasa.

Beliau sangat teruja bertemu dengan pelajar universiti sama ada dalam mahupun luar negeri. 

Bila bertemu dengan mereka, nostalgia zaman menjadi pensyarah universiti akan kembali dirasainya sekaligus cukup gembira bertemu dengan mereka.

Perkara ini pernah diluahkan beliau ketika bertemu dan berucap di hadapan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus baru-baru ini.

Begitulah apa yang berlaku ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom, 5 November lalu. Dr Ahmad Samsuri bertemu mata dan beramah mesra dengan pelajar Malaysia khususnya anak-anak Terengganu di London.

"Komitmen dan perjuangan mereka menyambung pelajaran jauh di bumi asing dalam pelbagai bidang sememangnya diperlukan untuk bersama membantu pembangunan negeri ke arah yang lebih baik apabila mereka pulang nanti," tulis beliau di status Facebooknya mengulas pertemuan tersebut.

"Semoga semua berjaya dan menjadi permata buat keluarga, agama, bangsa dan tanah air tercinta," tulisnya lagi.
SHARE

Author: verified_user


0 komen: