Oleh: Ahmad Mawardi
HULU TERENGGANU, 18 November - Bimbingan guru-guru di sekolah dan didikan ibu
bapa di rumah kepada pelajar dapat menghasilkan mutiara yang sangat berguna dan
tidak ternilai kepada keluarga dan masyarakat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun
berkata, impak didikan yang terhasil daripada kerjasama guru dan ibu bapa inilah
mampu melahirkan anak-anak yang cemerlang di
masa kini.
“Kejayaan pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang
memiliki aktiviti membaca, menghafal doa-doa harian dan ayat-ayat Al-Quran
merupakan suatu perkara positif yang menguatkan diri anak-anak setelah mereka
dewasa kelak.
"Kita mahu hasilkan generasi yang diterapkan
nilai-nilai Islam seperti mana diajarkan dan ditinggalkan oleh Baginda Nabi
Muhamad SAW,” katanya ketika merasmikan Majlis Ihtifal PASTI gabungan DUN Manir
di Kompleks Tarbiyah Wawasan Tuan Guru Dato' Harun Taib, Kampung Kubang Lembek,
semalam.
Turut hadir, Pengerusi PASTI Kawasan Hulu Terengganu Irham
Nuri Abidin dan Ketua Pemuda PAS DUN
Manir, Hamdi Harun.
Ihtifal gabungan PASTI itu terdiri daripada empat PASTI
iaitu PASTI Al-Ihsan, Kubang Lembek; PASTI Al-Hikmah, Teluk Menara; PASTI
Al-Taqwa, Kedai Manir dan PASTI Al-Hidayah, Batu Hampar.
0 komen: