Sunday, 4 November 2018

Contohi Etika Pemakanan Rasulullah

SHARE


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 4 November- Masyarakat diseru agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengikut tatacara pemakanan Rasulullah SAW bagi membebaskan diri daripada kanser yang menjadi pembunuh nombor satu masa kini.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa), Siti Zaleha Mohamad berharap etika terpuji itu perlu menjadi ikutan orang ramai selain tidak terleka dengan kesibukan tugas seharian sehingga terlupa kepada kesihatan diri.

"Berubahlah daripada kebiasaan gaya hidup sebelum ini dengan mempraktikkan ajaran agama Islam juga dapat membantu mengekalkan kesihatan jasmani dan rohani.

"Dalam kita melakukan sembahyang lima waktu, membaca al-Quran, berzikir memberi ketenangan diri, dapat menghindar dan menyembuhkan penyakit," katanya.



Isteri Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup
Kesihatan Klinik, Klinik Kesihatan Kuala Dungun 2018 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Dungun (MPD), di sini, baru-baru ini.

Siti Zaleha berkata, mengubah gaya hidup dengan menjadikan amalan pemakanan Rasulullah SAW  sebagai contoh terbaik dapat menjamin keberkatan serta manfaat daripadanya, sekali gus membentuk akhlak yang terpuji.

"Rasulullah akan celup jari ke dalam garam dan hisap sebelum dan selepas makan untuk mengelakkan keracunan makanan.

"Biasakan diri berpuasa sunat, selain bersedekah dengan penuh keikhlasan juga meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal serta menyerlahkan keceriaan di wajah,"katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: