Monday, 12 November 2018

Contohi Rasulullah Santuni Ibu Tunggal

SHARE
Kamaruzzaman Abdullah.
Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 12 November - Rasulullah SAW melazimi amalan menziarahi janda atau ibu tunggal untuk membantu mereka.

Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah berkata, tindakan Rasulullah SAW itu dilakukan kerana golongan ibu tunggal mengalami kesusahan akibat hilang tempat bergantung.

"Golongan ibu tunggal perlu dibantu, mereka mengalami kesusahan kerana pelbagai faktor. Ini antara tindakan yang perlu dicontohi," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Masjid, Imam dan Bilal Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, pagi ini.

Hampir 2,000 peserta yang hadir terdiri daripada MPKK, Jawatankuasa Masjid, dan Imam dan Bilal seluruh daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: