Oleh: Muhd Lukman Abdul Rahman
DUNGUN, 23 November - Aksi anak - beranak yang juga
merupakan pemain Tebing Tembah FC pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak
Piala YB Ustaz Saiful Bahri Mamat berjaya menobatkan pasukannya, muncul juara.
Mohd Zawawi Sidek, 48 (bapa) dan dua anak beliau, Mohd Shuib
Mohd Zawawi, 22 dan Mohd Qhaidir, 20, mencuri perhatian peminat bola sepak setempat apabila mempamerkan aksi memukau pada perlawanan akhir..
![]() |
Add caption |
Selaku juara, Tebing Tembah FC membawa pulang Piala
Pusingan, pingat dan wang tunai bernilai RM 2,000 manakala naib juara, Tibang
FC membawa pulang pingat dan RM 1,000.
Lebih manis lagi Mohd Shuib turut memenangi Anugerah Pemain
Terbaik Perlawanan dan bapanya, Mohd Zawawi dinobatkan sebagai Pemain Veteran
Terbaik.
Gelaran penjaring gol terbanyak kejohanan pula menjadi milik
penyerang Tibang FC , Azizzudin Ismail yang juga merupakan kapten pasukan
tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan
Pendidikan Tinggi, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata aktiviti sebegini berjaya
mengeratkan hubungan anak muda dan veteran.
"Kalau kita tengok, setiap pasukan dibarisi oleh pemain
muda dan veteran, namun mereka boleh bermain dalam satu pasukan dengan begitu
baik.

Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga merupakan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Tebing
Tembah dan Tibang FC yang berjaya mara ke perlawanan akhir.
Mengulas mengenai perlawanan akhir tersebut, Pengerusi
penganjur kejohanan, Encik Bari' Asyraf Mohd Safian berkata, kedua - dua
pasukan berbalas serangan dan menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi.
"Perlawanan ini berlangsung sengit walaupun Tebing
Tembah FC ketinggalan satu jaringan, namun kembali bangkit untuk menjaringkan
dua gol di hadapan ratusan peminat bola sepak setempat.
"Pasukan Tibang FC turut memberikan tentangan hebat, bagaimanapun rezeki bergelar juara dalam kejohanan ini memihak kepada Pasukan Tebing Tembah FC, " ujarnya.
0 komen: