Friday, 30 November 2018

Bersunat Pun Murah

SHARE

Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN, 30 November - Seramai 100 kanak-kanak menyertai upacara berkhatan beramai-ramai anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura hari ini sempena cuti persekolahan.

Pengarah program, Mohd Yusof Ismail berkata, program berkhatan beramai-ramai berkenaan merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan yang telah dirangka sejak awal tahun lagi.

"Berikutan permintaan yang ramai dari masyarakat sejak tahun lepas, maka kita adakan pada hujung tahun ini dan mungkin akan dijadikan acara tahunan," katanya ketika ditemui media.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik turut hadir merasmikan majlis tersebut.

Katanya, untuk majlis berkhatan beramai ramai ini, kadar bayaran yang dikenakan hanya RM30.00 sahaja.

“Setelah mengambil kira pelbagai faktor dengan kenaikan harga barang, harga petrol yang tidak turun-turun, mesyuarat sebulat suara bersetuju meletakkan yuran sebanyak RM30.00 sahaja dan kita dapati permintaan dari ibu bapa amat menggalakkan,” katanya.

Salah seorang bapa, Zulkifli Mohamad pula memberitahu, majlis sebegini wajar diadakan setiap tahun.

“Kalau kita tengok hari ini, semua orang berebut-rebut mencari barang atau perkhidmatan yang termurah dan ini salah satunya.

“Bersunat pun murah hanya dengan RM30.00 sahaja termasuk ubat-ubatan dan saya rasa ia wajar diteruskan lagi," tambahnya.

Terdahulu, kanak-kanak yang diraikan tersebut dimandikan beramai-ramai dengan pancutan air oleh anggotbomba.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: