KUALA TERENGGANU, 28 November- Industri silika
dilihat bakal menjadi sektor pelaburan yang berdaya tinggi baharu di Terengganu
apabila ramai pelabur menunjukkan minat termasuk dari Taiwan yang menyatakan persetujuan menjadikan
pasir silika sebagai bahan utama dalam pembuatan baju kesihatan.
Pengerusi
Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan
Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan
Tengku Omar berkata, keistimewaan baju kesihatan itu mengesan pelbagai penyakit termasuk demam.
Katanya, perkara itu semakin positif apabila Kedutaan Taiwan menghantar pasukan khas ke Terengganu untuk kajian mendalam mengenai perkara itu .
Katanya, perkara itu semakin positif apabila Kedutaan Taiwan menghantar pasukan khas ke Terengganu untuk kajian mendalam mengenai perkara itu .
“Kerajaan akan
membuat susulan mengenainya agar benar-benar memberi faedah kepada ekonomi
Terengganu, termasuk peluang pekerjaaan kepada rakyat.
“Manakala, pelabur
negara lain mahu membina hotel bertaraf lima bintang di salah sebuah pulau yang
menawarkan kadar sewa antara RM3,000 hingga RM4,000 semalam,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS-Batu Buruk) dalam sesi soal jawab di Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Tengku Hassan memberitahu industri silika di Terengganu berpotensi terus berkembang baik, apabila pihaknya turut didatangi pelabur dari Arab Saudi dan Bangladesh tiga hari lalu, yang turut menyatakan kesudian untuk melabur.
“Namum begitu,
kerajaan tetap mengambil pendekatan berhati-hati kerana bimbang ditipu. Pengalaman
sebelum ini, ada pelabur yang menyatakan
persetujuan dan sudah pun menandatangani penjanjian, menarik diri di saat akhir.
“Keadaan itu
pastinya merugikan kerajaan kerana sebaik persetujuan dibuat kerajaan bersetuju
menyediakan tapak industri dengan membelanjakan peruntukan RM13 juta.
Mengelak
daripada perkara itu berulang, kerajaan akan mengenakan syarat-syarat tertentu
kepada pelabur,”katanya.
0 komen: