Wednesday, 28 November 2018

Bajet 2019: Cadang Bina 1,848 Unit RMM Di Enam Lokasi

SHARE


KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan negeri merancang untuk membina 1,848 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di enam lokasi terpilih di negeri ini mulai tahun depan .

Lokasi yang dicadangkan adalah di Kuala Abang, Dungun dengan pembinaan 310 unit RMM, Mak Kemas, Marang (210) Pulau Kerengga, Marang (396), Bukit Puteri, Besut (300), Bukit Gasing, Marang (190) dan Gong Medang, Besut (400).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pihaknya menghantar senarai kawasan cadangan pembinaan RMM kepada kerajaan Pusat.

Katanya,  sekiranya dipersetujui, projek yang mengutamakan penduduk berpendapatan rendah itu akan dimulakan awal tahun depan dan dijangka siap dua tahun kemudian.

“Kita juga berharap agar dengan adanya rumah ini,  ianya dapat menyelesaikan sebahagian besar keperluan perumahan selain sebanyak 710 buah rumah dibina di bawah kerajaan negeri dan swasta.

"Kita juga menjangkakan empat daerah yang kini dalam proses pembinaan sebanyak 2,151 unit RMM diselesaikan di mana yang akan disiapkan dalam masa terdekat di Seri Bandi, Kemaman dan Pulau Redang, Setiu,"katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya projek pembinaan itu berjalan dalam tempoh yang ditetapkan, Terengganu akan mempunyai  5,000 unit RMM dalam tempoh dua tahun ini.

Mengulas lanjut, Dr Alias berkata, kerajaan negeri merancang membina RMM di setiap daerah yang sepenuhnya dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri (PMINT) dan KPKT.

"RMM 100 peratus dibuat oleh agensi di bawah negeri dan Pusat, lain-lain adalah rumah yang dibuat dengan kerjasama pemaju dan pihak swasta.

"Kriterianya mestilah jumlah permohonan di kawasan terlibat dan tapak tanah yang telah siap ditambun,"

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: