Wednesday, 7 November 2018

Amaran Ribut Petir Menyeluruh

SHARE

KUALA TERENGGANU, 7 November - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak sehingga 5:00 petang; Rabu, 7 November 2018.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dalam pada itu, menurutnya, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah sehingga Rabu, 7 November 2018.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

"Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Rabu, 7 November 2018," katanya.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
SHARE

Author: verified_user

0 komen: