Sunday, 11 November 2018

Amaran Ribut Petir Hari Ini

SHARE

KUALA TERENGGANU, 11 November - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) sehingga 1:00 tengah hari, Ahad, 11 November 2018.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dalam pada itu, menurutnya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Samui, Selat Melaka Selatan dan Sulu sehingga 12:00 tengah hari, hari ini.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil," katanya.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
SHARE

Author: verified_user

0 komen: