Tuesday, 20 November 2018

Aduan Ibu Muda Dapat Perhatian MAIDAM

SHARE

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 20 November - Aduan  Nur Asyikin Jamaludin, 26, bantuan susu anaknya yang tidak diterimanya, disiarkan kelmarin mendapat tindakan segera Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Hari ini, kakitangan MAIDAM Dungun telah berkunjung ke rumah beliau bersama bekalan susu tersebut.

 "Alhamdulillah, terima kasih kepada MAIDAM kerana bertindak mengikut jadual,  " ujar  Hajah Rugayah Mahmood, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang yang dihubungi Teganukita.

Ibu muda itu yang telah berjumpa dan mengadu kepada Rugayah atau mesra disapa sebagai Kak Long berkenaan bekalan susu khas untuk anaknya tidak diteruskan, disiarkan menerusi Teganukini.

Kak Long yang juga ahli jawatankuasa KHAIRUNNISA berkata sebagai isteri wakil rakyat,  mereka juga menjadi tempat rakyat mengadu.

"Jadi kami mesti tahu saluran-saluran yang perlu untuk rujukan mereka bagi menyelesaikan masalah seperti Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(I-MITS), " katanya yang menjadikan ziarah sebagai rutin mingguan bersama Lajnah Kebajikan   dan IMITS Muslimat DUN.

Sementara itu, Asyikin melahirkan kesyukuran kerana bantuan susu untuk anaknya Nur Afifah Zulkifli telah diterima kembali dan berharap tidak akan terhenti lagi.

"Alhamdulillah, lega rasanya, farmasi yang membekalkan susu tersebut telah menelefon, minta ambil susu, " katanya yang dihubungi di rumahnya di Balai Besar di sini.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: