Thursday, 1 November 2018

92 Manfaat Pemeriksaan Kesihatan Percuma - Wan Sukairi

SHARE
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kiri) berbual dengan orang ramai yang hadir.
Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 1 November - Seramai 92 orang masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur memanfaatkan peluang pemeriksaan kesihatan secara percuma di Masjid Tok Jamal, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program sebegini perlu diadakan untuk masyarakat mengenal pasti tahap kesihatan mereka.

"Kesihatan adalah penting dalam kehidupan untuk melancarkan lagi kehidupan kita seharian.

"Jika kesihatan terbantut, ia akan menyukarkan kelancaran kerja-kerja seharian.

"Begitu juga dengan ibadah, jika kita sakit mungkin menyukarkan kita untuk beribadah," tambah beliau.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Pusat Khidmat Bergerak di Masjid Tok Jamal, Wakaf Mempelam, hari ini.

Dalam perkembangan sama, menurut Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, program ini dianjurkan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pusat Khidmat ADUN Wakaf Mempelam, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan KT Medical Team.


Doktor yang bertugas antaranya ialah Dr Amiruddin, Dr Diana, Dr Haneim dan Dr Fadhilah yang membuat pemeriksaan kepada masyarakat setempat yang hadir.

Hadir sama, Pegawai Perhubungan Parlimen, Haji Zulkifli Wahab yang mewakili Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: