Sunday, 11 November 2018

2,970 Graduan UMT Diraikan Sempena Konvokesyen Ke-16

SHARE
Perarakan keluar Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman diiringi Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Nor Aeini Mokhtar.Foto oleh:Tengku Syamim

KUALA NERUS, 11 November - Seramai 2,970 graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-16 universiti itu bermula hari ini hingga Selasa di Dewan Sultan Mizan, Gong Badak.

Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan itu, seramai 195 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah termasuk sarjana, sarjana muda (2,647) dan diploma (128).

Istiadat pembukaan majlis disempurnakan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.

Hadir sama, Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Nor Aeini Mokhtar.

Foto oleh:Tengku Syamim

Dalam majlis itu, UMT menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Tan Sri Datuk Dr Ahmad Zaharudin Idrus dan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Salihin Abang.

Manakala Anugerah Profesor Emeritus dimiliki oleh Dr. Mohd Lokman Husain.

Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Sains, Muhammad Asyraf Adhwa Masimen (kategori bumiputera) dan Foo Tzen Yoong, graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) bagi kategori bukan bumiputera.

Anugerah Pingat Emas Canselor pula menjadi milik graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi), Mohd Tirmizi Mohd Lutfi.

Sementara itu, Anugerah Pro Canselor diraih oleh Mohd Azlan Musa (Doktor Falsafah Teknologi Maritim) dan anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti kepada Mohamad Badrul Mohd Khairul Sahimi (Sarjana Sains Akuakultur).

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: