Wednesday, 14 November 2018

2,836 Graduan UniSZA Bakal Terima Anugerah Sabtu Ini

SHARE


KUALA NERUS, 14 November-  Seramai 2,836 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menerima ijazah doktor falsafah (PhD), sarjana dan ijazah sarjana muda dan diploma masing-masing pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-10 yang akan berlangsung dengan penuh gilang-gemilang bermula 17 hingga 19 November ini.

Naib Cancelor UniSZA, Profesor Dato’ Dr . Ahmad Zubaidi A. Latif, berkata daripada jumlah tersebut, 196 adalah penerima PhD dan sarjana manakala selebihnya 2,640 adalah graduan sarjana muda dan diploma.

“Sebanyak enam sidang dijadualkan akan berlangsung bermula dari Sabtu ini, bertempat di Dewan Al Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA Gong Badak.

“Pada sidang pertama Sabtu ini, akan berlangsung Majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat kepada Tan Sri Dato’ Seri Syaikh Haji Ismail Haji Muhammad iaitu Imam Besar, Masjid Negara Kuala Lumpur”, katanya.

Dr Ahmad Zubaidi berkata, Karnival Mahabbah turut berlangsung bersempena majlis konvokesyen yangg diadakan selama lima hari bermula esok.

“UniSZA telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Karnival Mahabbah ini antaranya sukan rakyat, mewarna, pameran, gerai jualan dan persembahan pentas.

“Kami menjemput orang ramai hadir  bagi memeriahkan lagi Karnival Mahbbah ini yang berlangsung di Tapak Karnival, UniSZA Kampus Gong Badak bermula esok”, katanya

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: