Thursday, 8 November 2018

2,039 Murid Diraikan Dalam Majlis Al-Dirasah Prasekolah

SHARE
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah JPNT, Rosli Chik (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar prasekolah.
KUALA TERENGGANU, 8 November - Seramai 2,039 murid prasekolah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Daripada jumlah itu, 1,114 orang adalah murid prasekolah dari daerah Kuala Terengganu dan bakinya pula dari Kuala Nerus yang melibatkan 925 murid.

Majlis Khatam Al-Dirasah Prasekolah 2018 itu dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan (JPNT) Kuala Terengganu, Rosli Chik yang mewakili Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong.


Majlis itu dilihat seakan-akan menyerupai konvokesyen universiti dengan semua muridnya memakai jubah mengikut warna sekolah masing-masing yang dibahagikan kepada tiga sesi.

Berucap pada majlis itu, Rosli berkata, ianya diadakan bertujuan untuk mengiktiraf murid-murid terbabit yang berjaya menamatkan pembelajaran mereka di peringkat prasekolah.

“Di samping memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan murid, secara tidak langsung ianya membuka ruang dan peluang kepada semua murid untuk terlibat aktif,” ujarnya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: