Sunday, 25 November 2018

20 Pasukan Bola Sepak Berentap Rebut Piala Pusingan YB Tepoh

SHARE




OLEH : Mohd Zukifli Mat

KUALA NERUS, 25 November- Sebanyak 20 pasukan bola sepak berentap bagi merebut kejuaraan kejohanan piala pusingan YB Tepoh  sempena Program Karnival Imarah Masjid di Tok Jiring, Tepoh semalam.

Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Tepoh dengan kerjasama Pemuda PAS Tepoh itu telah diadakan selama 2 hari berturut-turut bermula 23 November lalu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim yang juga merupakan ADUN Tepoh, berkata langkah penganjuran itu wajar  dipuji kerana dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemain dan penduduk setempat.

“Pada masa sama mampu mengenal pasti pemain-pemain yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.

“Penyertaan pada pertandingan kali ini amat memberangsangkan ditambah lagi dengan kehadiran penduduk di setiap kampung yang datang memberi sokongan kepada pasukan yang mewakili kampung dan MPKK masing-masing,”katanya ketika ditemui selepas program itu

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: