Oleh: Muhammad Najib Ismail
HULU TERENGGANU 24 November- 16 pasangan pengantin baharu
diraikan penuh meriah sempena program perkahwinan Walimatul Urus Perdana
2018 Parlimen Hulu Terengganu, di Dewan
Majlis Daerah Hulu Terengganu, kuala Berang, di sini semalam.
Semua pasangan terbabit sebelum itu diijab
qabulkan secara serentak di Masjid Kampung Buloh, Kuala Berang sebelum mereka diraikan
dalam majlis perkahwinan secara beramai-ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur,
Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, program ini merupakan inisiatif
kerajaan yang peka dan sentiasa mendengar keluhan dan denyut nadi rakyat.
“Program ini diadakan bagi meringankan
beban rakyat yang tidak berkemampuan untuk berkahwin oleh kerana kos kenduri
yang mahal pada masa sekarang.
“Saya
juga nak ucapkan tahniah atas kejayaan pihak penganjur yang menyatukan 16 pasangan
pengantin pada hari ini,”katanya ketika merasmikan Majlis Walimatulurus Perdana
2018.
Turut
hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri( ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim, ADUN
Manir, Hilmi Dato' Harun; Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu; Pegawai Daerah Hulu
Terengganu, Zainal Abidin Mohamed dan Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu, Wan
Humaidi Wan Ismail.
Tambah beliau , pasangan yang baru
berkahwin ini diingatkan supaya belajar menerima gaya hidup baru pasangan
masing-masing serta belajar cara bergaul dengan keluarga pasangan dan saling
hormat-menghormati antara satu sama lain.
"Ingatlah bahawa apabila kita menerima
pasangan kita sebagai teman hidup, maka ini juga bermakna kita menerima
keluarga pasangan kita itu seluruhnya. Janganlah kita abaikan keluarga pasangan
kita dan janganlah kita juga terlalu cepat mengambil hati di atas nasihat dan
teguran yang bakal diberi.
"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau
ingin selamat, layarilah lautan itu dengan kapal yang bernama taqwa, isinya
iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah SWT,” Ucap beliau yang memetik
pesanan Luqman Al-Hakim.
Dalam pada itu, Nur
Nadiah Mohd, 22, yang berasal dari Kampung Payang Kayu, bersyukur selamat
disatukan dengan pasangannya, Mohamad Farith Ibrahim, 28, yang lumpuh bahagian
kaki selepas terbabit kemalangan lapan tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kami selamat
dinikahkan dan lebih manis ia diadakan secara percuma kerana ditanggung
kerajaan negeri.
“Wang simpanan yang sepatutnya digunakan
untuk majlis kenduri bolehlah saya gunakan untuk keperluan kami terutama
selepas mengikut suami yang bertugas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia
di Putrajaya,” katanya yang berhasrat membuka kedai jahit di sana (Putrajaya)
nanti.
0 komen: