Monday, 19 November 2018

12,000 Hektar Tanah Terbiar Di Terengganu

SHARE
Dr Azman Ibrahim berucap pada Program Sepetang Bersama Dua Exco bersempena Karnival Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dungun, hari ini. Foto - Media Dungun
Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 19 November - Kerajaan Negeri Terengganu telah mengenal pasti 12,000 hektar tanah terbiar yang belum diusahakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, 12,000 hektar tanah itu mampu diusahakan oleh golongan muda.

"Dalam masa yang sama, kita ada orang muda yang sihat dan bersemangat.

"Ada agensi yang boleh membantu, dan ada kursus kemahiran yang disediakan berkaitan pertanian," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap pada Program Sepetang Bersama Dua Exco bersempena Karnival Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dungun di Arena Merdeka (SQUARE), Dungun, hari ini.


Dalam tumpuan lain, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi memberitahu, portfolio di bawahnya terdiri daripada 32 agensi yang berkait dengan pertanian, perikanan, penternakan dan juga agensi Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

"Di bawah pentadbiran yang lengkap, kita akan berusaha bersungguh-sungguh, untuk meletakkan sektor pertanian negeri di tempat yang terbaik," jelasnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: