Sunday, 14 October 2018

Zakat Model Terbaik Laksana Sistem Percukaian Malaysia - Dr Khairuddin

SHARE
Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali terus konsisten mahu menjadikan zakat sebagai model terbaik untuk melaksanakan sistem percukaian di Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Ekonomi PAS Pusat berkata, sebanyak 2.5 peratus cukai patut dikenakan ke atas pegangan saham di Bursa Malaysia.

"Apabila sebanyak 2.5 peratus cukai dikenakan ke atas pegangan saham, akan meningkatkan pendapatan negara sehingga berbilion-bilion ringgit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kuliah Dhuha Mingguan di Surau Ayah Itam Wan Ali, Kampung baru Seberang Takir, di sini, 12 Oktober.

Program itu dijadikan sebagai majlis ilmu secara mingguan yang berlangsung pada setiap Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Majlis berkenaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk sekitar dan  Seberang Takir untuk menimba ilmu agama daripada beliau.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: