Saturday, 6 October 2018

Wakil Rakyat Bukan Wakil Parti Politik - Amzad Hashim

SHARE
Haji Amzad Hashim (tengah) ketika berucap di Program Pusat Khidmat Bergerak di Balai Raya Kampung Kolam Kuala Ibai.
Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU - Wakil rakyat bukanlah wakil parti politik, tetapi wakil untuk seluruh rakyat tidak mengira mana-mana penyokong parti politik.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, wakil rakyat di Terengganu tidak 'memilih bulu', siapa pun yang bersuara akan diangkat.

"Tidak kiralah suara itu datang dari penyokong parti atau mana-mana bangsa sekali pun.

"Semuanya akan diangkat dan diambil tindakan sewajarnya.

"Sebagai pemimpin, menjadi tanggungjawab untuk berlaku adil dan saksama," tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Pusat Khidmat Bergerak di Balai Raya Kampung Kolam, Kuala Ibai, semalam (5 Oktober).

Program tersebut merupakan program bulanan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu.

Ianya bertujuan untuk meringakan kos perbelanjaan orang kampung untuk membuat pemeriksaan kesihatan di pusat perubatan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kolam.

Seramai 100 orang kampung menghadiri program tersebut termasuk semua golongan umur dan jantina.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: