Tuesday, 23 October 2018

UPDI, KAMI Jalin Kerjasama Media

SHARE
UPDI menerima kunjungan NGO KAMI untuk  membantu bagi meningkatkan lagi UPDI...  insya Allah
KUALA TERENGGANU, 23 Oktober – Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) menjalinkan hubungan kerjasama strategik dalam bidang media dengan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bagi memperkasakan bidang itu seiring dengan kepesatan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.

Pengarah UPDI, Haji Mohd Soud Said @ Mohd Ali berkata, pertemuan di antara pihak UPDI dan KAMI berkait rapat dalam kerjasama yang berasaskan penyiaran dan media.

"UPDI berbesar hati dengan kunjungan dan kehadiran NGO KAMI untuk bekerjasama dengan UPDI yang menjadi agen antara rakyat dengan kepimpinan negeri.

"Kita mengharapkan supaya KAMI dapat  menyalurkan kepakaran yang ada pada mereka supaya matlamat dan hala tuju masing-masing dapat direalisasikan dengan lebih bersepadu dan lancar," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus pertemuan kedua-dua pihak berkenaan, di Pejabat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.

Haji Soud berkata, pihaknya bersetuju untuk mengadakan program seperti kursus yang melibatkan aspek penulisan dan foto untuk pengamal media.

Justeru, beliau berkata, dalam masa yang terdekat pihak UPDI akan mengadakan kursus dengan kerjasama KAMI.

Sehubungan dengan itu, Bendahari KAMI, Haji Nazmi Ghazali  berkata, pertemuan dan perbincangan telah diadakan  dan beberapa proposal penambahbaikan  akan dikemukakan.

“Insya-Allah (hasil) perbincangan yang kita buat itu, kami akan hantar beberapa cadangan untuk penambah baikan.

“Perbincangan kami berkisar  untuk memberi  sokongan dan kerjasama berkaitan kerja media.

"Yang mana ada kepakaran di pihak kami melebihi pada UPDI, kita akan bersama-sama menaikkan imej media pada tahap yang lebih baik,” jelasnya.

Katanya, hasil perbincangan tadi berkait dengan kursus media bagi melahirkan kepakaran dan menaiktaraf kakitangan UPDI.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: