Saturday, 13 October 2018

Terengganu Mahu Jadi Kuasa Besar

SHARE
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kanan) menyampaikan cenderamata kepada ketua delegasi, Ustaz Syarhan Humazi Halim.
Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu komited dan berusaha untuk menjadi kuasa besar dalam arena sukan di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan juga meletakkan sasaran sebahagian atletnya untuk menjadi jaguh dunia.

Katanya, dalam sukan berbasikal, Terengganu Cycling Team (TSG) adalah kelab di bawah kerajaan negeri yang menduduki 'ranking' kelima dunia daripada 700 kelab di seluruh dunia.

"Kelab ini turut mendapat tajaan dari Syarikat Shimano yang hanya menaja 7 kelab di seluruh dunia", ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu kunjungan Belia Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Selangor, di sini semalam (12 Oktober).


Menurut Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, selain Azizul Hasni Awang, Terengganu juga bertuah mempunyai Siti Rahmah yang menjadi atlet silat dunia.

"Di samping itu, kita hampir menguasai 100% dalam sukan air iaitu sukan layar di Malaysia," jelasnya.

Seramai 50 orang menyertai kunjungan tersebut.

Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: