Saturday, 20 October 2018

Terengganu Cadang Rundingan Isu Pembangunan Negeri

SHARE
Rundingan akan wujudkan ruang persefahaman antara negeri dan persekutuan.
DUNGUN, 20 Oktober - Kerajaan Negeri Terengganu berharap dapat mengadakan rundingan bersama Kerajaan Persekutuan berkenaan projek pembangunan yang perlu diutamakan di negeri itu.

Menteri Besar, Dr Ahmad  Samsuri Mokhtar berkata, keutamaan Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak semestinya sama.

"Kerajaan negeri yang merupakan 'stakeholders'  lebih mengetahui pembangunan yang diperlukan oleh rakyat dalam negeri dan keutamaan terhadap projek yang perlu dilaksanakan," katanya.

Beliau bagaimanapun berterima kasih atas tindakan Kerajaan Persekutuan meneruskan pembangunan projek Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin  (UniSZA), sebuah hospital dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai di Kemaman.

"Kita berharap Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan masalah hakisan yang berlaku di pesisir pantai Terengganu sebagaimana dalam perancangan.

Majlis makan malam amal SMASID meriah dengan kehadiran Menteri Besar.
"Kita juga menyokong penuh penambahbaikan 'governance' yang dinyatakan Perdana Menteri kerana 'governance' yang baik akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri," ujarnya ketika ditemui pemberita sewaktu merasmikan Makan Malam Amal Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, di Arena Merdeka semalam.

Majlis makan malam itu diadakan bertujuan untuk mengumpulkan dana pembinaan surau sekolah berkenaan bagi memuatkan lebih 800 pelajarnya.

Pembinaan surau itu berada di fasa terakhir dengan lebih kurang RM 100,000 lagi diperlukan untuk menyelesaikannya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: