Monday, 8 October 2018

Terapkan Budaya 'Kuca Bubur Sure'

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Masyarakat diminta menerapkan  budaya 'kuca bubur sure' setiap kali menjelang Muharam bertujuan mewujudkan semangat bekerjasama dan maufakat  yang kini  dilihat semakin pudar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau Abang,  Alias Harun berkata melalui acara tradisi masyarakat itu pastinya mampu menjadi tarikan tanpa mengira muslimin dan muslimat , berganding bahu menyedia dan menyiapkan makanan kegemaran ramai itu.

"Jadi selepas ini, sebarang aktiviti akan dirancang akan mendapat perhatian terutama sekali daripada muslimin, muslimat, pemuda, muslimat muda di situ. ", ujar beliau yang berasa teruja dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan.

Alias berkata demikian ketika diminta mengulas Program Bubur Asyura yang dianjurkan oleh tiga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Padang Pulut, Bukit Merah dan Burung Baru bertempat di Tapak Pasar Minggu Padang Pulut di sini pada 6 Oktober.

"Nanti bila habis acara kacau sure(bubur asyura), MPKK boleh buat program gotong royong atau program lain dan orang ramai akan turut bersama-sama macam hari , " katanya

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: