Friday, 12 October 2018

Tabung Darul Iman Terus Berbakti

SHARE
Cikgu Alias Harun menyampaikan sumbangan susu kepada kakak Ahmad Nizam.
Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Tabung Darul Iman(TDI) dengan beberapa penambahbaikan oleh kerajaan baharu  terus menabur bakti kepada golongan yang memerlukan di negeri ini.

Pembantu Pegawai Hal Ehwal Masyarakat, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Muhammad Muaz Anuar, berkata sumbangan tersebut yang terbahagi kepada beberapa kategori mampu meringankan beban penerima dan keluarga yang terbabit.

"Sumbangan ini terbahagi kepada dua kategori musibah iaitu bantuan rumah terbakar, banjir, bencana alam dan kategori kedua melibatkan perubatan.

"Sumbangan perubatan berbentuk  barangan iaitu lampin pakai buang dan juga susu ataupun dalam bentuk cek,"ujar beliau ketika dihubungi  pada 11 Ogos di sini.

Muhammad Muaz 
Menurut Muaz lagi, sejak bulan Ogos, seramai tiga orang menerima sumbangan barangan dan 11 orang menerima sumbangan berbentuk cek.

"Semua orang boleh memohon dan borang boleh diambil di pejabat DUN," katanya.

Terbaharu, penerimanya di DUN Rantau Abang ialah Adik Abdul Rahman  Abdul Fattah, 11, seorang kanak-kanak kelainan upaya(OKU) kronik.

Abdul Rahman  telah menerima sumbangan berupa lampin pakai buang dan susu yang disampaikan oleh ADUN Rantau Abang, YB. Alias Harun di rumahnya di Pulau Serai pada 10 Oktober.

Cikgu Alias  turut menyampaikan barangan yang sama kepada seorang lagi penerima, Ahmad Nizam Bin Salleh, 35, juga seorang OKU yang tinggal di Kampung Gong Pasir.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: