Wednesday, 17 October 2018

Surau Untuk Kemudahan Pengunjung Lubuk Kain Siap Dibina

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN- Pengunjung kawasan rekreasi Air Terjun Lubuk Kain di Hulu Dungun kini dapat menu­naikan ibadah de­ngan lebih selesa apabila sebuah surau dengan kos RM20,000 siap dibina sepenuhnya.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, pembinaan surau di lokasi perkelahan itu bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengunjung muslim untuk bersolat malah membolehkan pelbagai program keagamaan diadakan.

“Diantara perkara yang perlu diutamakan di tempat perkelahan adalah kemudahan surau.

"Alhamdulillah, surau ini telah siap dibina dengan kos RM20,000 walaupun ianya kos yang kecil, tapi pembinaan surau ini mengambarkan keikhlasan kontraktornya dalam menyediakan kemudahan kepada setiap muslim yang datang berkelah bersama keluarga," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau surau yang baru dibina itu di kawasan rekreasi Air Terjun Lubuk Kain di Hulu Dungun (15 oktober).

Ghazali berkata, secara tidak langsung dengan adanya surau tersebut ianya dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan rekreasi itu sebagai mesra dan patuh syariah.

"Adalah menjadi kewajipan kepada saya sebagai penyelaras disini memastikan kebajikan pengunjung terpelihara.

"Dalam usaha memajukan lokasi perkelahan, kita tidak boleh melihat dari sudut tumpuan pengunjung semata-mata tetapi mengundang keberkatan pada tempat perkelahan juga perlu menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kemudahan surau untuk menunaikan solat yang menjadi kewajipan hidup bagi setiap muslim," ujarnya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: