Monday, 29 October 2018

SRIDI: Kerajaan Tunai Janji Manifesto

SHARE
KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Kerajaan Terengganu sekali lagi menunaikan janji manifestonya dengan menawarkan pengambilan pertama untuk pelajar tahun satu Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) di lima daerah mulai tahun depan.

SRIDI yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) itu akan dibuka di lima daerah iaitu Besut, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus bertempat di Kampung Raja Besut, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Binjai Rendah, Ajil dan Kubang Jela.

Syarat-syarat kemasukan ke SRIDI ialah pelajar mesti warganegara Malaysia, beragama Islam, merupakan rakyat negeri Terengganu, sihat tubuh badan, boleh menulis dan membaca jawi atau al-Quran serta lulus temuduga.

Sesi temuduga dibuat setiap hari Ahad hingga Rabu jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang manakala hari Khamis pula, mulai jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang, bertempat di Tingkat 2, Bahagian Pendidikan, Kompleks Seri Iman, JHEAT di sini.

Pendaftaran kemasukan dibuka selama sebulan mulai 1 hingga 30 November ini di SRIDI Ajil, Binjai Rendah dan Kubang Jela.

Manakala pendaftaran SRIDI Dungun dan Besut dibuat di Pejabat Agama Daerah masing-masing.

Setiap SRIDI dibuka sebanyak dua kelas memuatkan pelajar seramai 50 orang (25 orang satu kelas).


SHARE

Author: verified_user


0 komen: