Tuesday, 23 October 2018

Sifar Jenayah Di Felda Jerangau

SHARE

Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 23 Oktober - Suatu program mengurangkan kadar jenayah akan diadakan di Felda Jerangau bagi membanteras jenayah yang berleluasa di Negeri Terengganu dan Malaysia amnya.

Setiausaha Program Penerangan Keselamatan, Kejiranan Dan Sosial Felda Jerangau, Natasha Nor Amieza Azumi, berkata usaha tersebut bertujuan untuk menjadikan Felda Jerangau kawasan sifar jenayah.

"Program yang bakal diadakan ini, antara lain bagi memastikan Felda Jerangau komuniti di sini berada dalam keadaan aman dan tenteram.

"Untuk menjayakannya, sudah tentu memerlukan usaha dan komitmen dari semua pihak,” katanya.

Agensi-agensi yang bakal terlibat ialah FELDA, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Perpaduan Daerah Dungun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urusetia Penerangan Darul Iman ( UPDI) di Felda Jerangau, semalam.

Natasha Nor turut mengharapkan agar semua orang dapat hadir pada Program Penerangan Keselamatan, Kejiranan Dan Sosial yang akan diadakan di Dewan Sivik  Felda Jerangau pada Sabtu, 27 Oktober ini.

"Program dijangka bermula pada 8.30 pagi hingga 1.00 petang dan dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Dungun," ucapnya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: