Monday, 22 October 2018

Sidang Dewan DUN 25 November

SHARE
Dewan Undangan Negeri Terengganu akan melakukan beberapa penambahbaikan untuk keselesaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.  Foto - Hailmey Mansor
KUALA NERUS, 22 Oktober - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang ini telah diputuskan pada 25 hingga 29 November 2018.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, beliau telah mengambil inisiatif memberi keselesaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dengan masa yang secukupnya untuk mengemukakan soalan dan mengambil bahagian dalam perbahasan.

“Ini juga termasuk dalam agenda di peringat DUN. Kita telah  menubuhkan satu jawatankuasa khas  penambahbaikan dengan melantik beberapa orang  di kalangan mereka yang  mempunyai  pengalaman.

“Ia juga termasuk  sekumpulan pakar undang-undang  kita  lantik sebagai panel penyelidik,” jelasnya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelepasan Delegasi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria Di Sempadan Turki di Lobi Pelepasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kelmarin.

Sehubungan itu, menurutnya, hasil daripada lawatan beliau ke DUN Perak dan Selangor, DUN Terengganu sudah pun melaksanakan beberapa penambahbaikan.

Oleh itu, kata beliau, keutamaan akan diberikan kepada ketua pembangkang dengan mengambil kira perbincangan lanjut yang akan diadakan.

“Tapi, saya nak sebutkan sebagai tambahan  di peringkat  awal sebenarnya kita akan menubuhkan  satu jawatankuasa terpilih  iaitu memberi tumpuan  kajian berhubung dengan  peraturan tetap dewan (standing order).

“Sebab di sana kita nampak banyak perkara agak ketinggalan  dari segi ‘standing order’ di negeri Terengganu berbanding dengan negeri lain. Kita akan tumpukan dulu kemudian kita akan pergi peringkat demi peringkat,” tegas beliau.













SHARE

Author: verified_user

0 komen: