![]() |
Dr Alias Razak (kiri) ketika ditemui pemberita dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri. |
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata,
bagi memastikan hasrat dan janji kerajaan itu dicapai, sebanyak 710 unit
rumah akan dibina tahun ini di empat lokasi yang telah dikenal pasti.
“Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri yang
lalu telah meluluskan empat tapak untuk RMM di empat daerah iaitu di Kampung
Tok Jembal (Kuala Nerus), Kampung Tempinis (Besut), Kampung Gong Cengal
(Kemasik) dan Kampung Tajin (Hulu Terengganu).
“Perbadanan Memajukan Ikstisad
Negeri Terengganu (PMINT) dilantik sebagai pelaksana projek dan satu
bengkel telah diadakan bagi memuktamadkan pelan, struktur, saiz rumah dan
sebagainya supaya semua rumah yang bakal dibina sama dan selesa untuk didiami,”
ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, di
Wisma Darul Iman, hari ini (3 Oktober).
Katanya, penambahbaikan turut dilakukan di mana RMM yang bakal
dibina beserta dengan garaj kereta. Tender terbuka terhadap pembinaan rumah
ini akan dikeluarkan selewatnya November depan.
“Ini adalah antara komitmen kerajaan negeri untuk membantu
golongan berpendapatan rendah khususnya yang berpendapatan RM3,500 ke bawah memiliki
kediaman sendiri.
“Walaupun dibina garaj kereta, tetapi harga rumah tetap sama
iaitu RM68,000 selepas subsidi dengan komitmen bulanan hanya sekitar RM180
hingga RM200 yang perlu dibayar oleh pemilik rumah mampu milik ini,” ujarnya.
0 komen: