Monday, 22 October 2018

RAK, TSTC Adakan Latihan Hadapi Bencana.

SHARE
Latihan menyelamat dalam air merupakan antara pengisian dalam persediaan menghadapi bencana di Kemaman, baru-baru ini.


Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN  20 Oktober 2018 - Persatuan Radio Amatur Kemaman (RAK) dengan kerjasama Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd (TSTC) telah mengadakan Latihan Persediaan Bencana sebagai persiapan bagi menghadapi musim banjir nanti.

Timbalan Presiden RAK, Zawawi Mohamed berkata, latihan seperti ini dilakukan setiap tahun bagi melahirkan ramai sukarelawan yang mahir dalam membantu orang kampung dan juga pihak berkuasa.

Katanya, latihan ini diadakan bagi melatih sukarelawan di Kemaman untuk menjadi petugas yang terlatih dan berilmu dalam membantu masyarakat termasuk pendedahan serta kemahiran yang diajarkan termasuk menyelamat di air, menyelamat di tempat tinggi, komunikasi radio dua hala, rawatan pertolongan cemas dan rawatan pemulihan pernafasan kepada mangsa lemas (CPR).

"Banjir besar pada tahun 2013 yang menenggelamkan sebahagian daerah Kemaman telah menyedarkan semua pihak dalam usaha membantu dan menyelamat mangsa banjir dan sebagainya termasuk kami

"Untuk latihan kali ini, jutaan terima kasih  kepada jurulatih yang terlibat siang dan malam selama dua hari ini tanpa mengira penat dan lelah,  terutama pihak pengurusan TSTC diatas kerjasama mereka dalam menyediakan kemudahan prasarana dan peralatan dalam latihan ini semoga Allah sahaja yang dapat membalas khidmat ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Latihan Persediaan Bencana di Kemaman, di sini baru-baru ini.




Latihan yang diadakan selama dua hari tiga malam itu turut dihadiri oleh 20 sukarelawan yang terpilih di daerah Kemaman manakala majlis penutup dan pembahagian sijil telah disempurnakan oleh Jurulatih Kanan TSTC, Shalbi Mustafa.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: