Thursday, 4 October 2018

Program ETA Bukti Tingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

SHARE

KUALA TERENGGANU- Kem Bahasa Inggeris Bersama Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA), salah satu program teras di bawah tanggungjawab sosial korporat ExxonMobil di Terengganu diteruskan.

Program anjuran bersama Jabatan Pendidikan dan Fullbright dari Amerika Syarikat itu menempatkan graduan kolej dan profesional muda negara itu di beberapa buah sekolah mene­ngah terpilih di seluruh negara bagi meningkatkan penguasaan berkomunikasi dalam kalangan pelajar.

Kem ini digerakkan bagi me­rang­sang minat  pelajar ba­gi menguasai bahasa dunia itu dengan lebih berkeyakinan melalui komunikasi secara santai, spontan serta menghiburkan dalam pelbagi kegiatan yang dirangka.

ExxonMobil menyumbang RM75,000 bagi menjayakan kem ter­sebut tahun yang melibatkan 200 pelajar  dari 14 buah sekolah di seluruh Terengganu.

Pelajar yang terpilih adalah mereka yang berpera­nan sebagai pemimpin dalam kegiatan kokurikulum dan memperlihatkan penguasaan berkomunikasi yang agak sederhana.

Penutupan kem itu disempurnakan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir di Hotel Regency Waterfront, Kuala Terengganu pada hari ini.

Kamala berkata, ETA Fulbright membawa perubahan kepada sistem Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah menengah di Malaysia termasuk di Terengganu.

"Saya sungguh gembira untuk bertemu dengan guru dan pelajar di bawah program ETA, sungguh mengagumkan untuk melihat pelajar-pelajar ini digalakkan dan diberi motivasi untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris oleh pembantu guru mereka.

"Adalah sangat hebat melihat hubungan yang berlangsung antara pelajar dan guru Bahasa Inggeris mereka, saya rasa pelajar telah mendapat manfaat daripada pelbagai bakat guru-guru mereka," katanya
SHARE

Author: verified_user

0 komen: