![]() |
CEO Golden Pharos Berhad, Dato’ Ahmad Nadzaruddin Abdul Razak. |
Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad (GPB),
Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak berkata, kerjasama di antara kedua-dua
syarikat tersebut bakal memberi sumbangan positif kepada syarikat di masa
hadapan.
Menurutnya, keputusan kumpulan GPB bekerjasama dengan
syarikat BioBenua Teknoloji itu merupakan keputusan terbaik memandangkan
industri karas mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia.
Katanya, perjanjian kerjasama itu termasuklah menanam,
memproses, menapis dan memasarkan sebarang produk yang dihasilkan daripada
pokok Karas.
“Kerjasama itu juga bakal menyaksikan pembahagian
keuntungan iaitu 60 peratus dan 40 peratus di antara BioBenua Teknoloji dan
PPSB.
“Di bawah perjanjian itu, PPSB akan membekalkan 500
pokok karas yang matang, manakala BioBenua Teknoloji akan menanggung kos
rawatan pokok tersebut daripada sebarang jangkitan.
“Kemudiannya, pokok yang telah dirawat akan diproses
bagi menghasilkan minyak gaharu, dan ia merupakan bahan asas penting untuk
pembuatan minyak wangi dan produk bauan yang lain,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian
Kerjasama antara Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) dengan BioBenua Teknoloji Sdn
Bhd, di ibu negara, Kuala Lumpur, kelmarin.
Menurut Dato’ Nadzarudin, Permint Plywood Sdn Bhd
(PPSB) merupakan sebuah anak syarikat Golden Pharos Berhad (GPB), mempunyai
1,000 pokok karas yang ditanam seluas 2471 ekar di Ladang Karas, Mercang,
Terengganu.
“Karas atau lebih dikenali sebagai gaharu merupakan
satu spesis pokok yang paling tinggi ditanam oleh petani di Malaysia.
“Pokok Karas boleh diproses untuk menghasilkan minyak
gaharu, minyak wangi, manik, bau-bauan, bahan hiasan serta teh wangian,”
jelasnya.
Tambah beliau, Malaysia merupakan salah satu daripada
12 negara di dunia yang menanam 50 ribu jenis spesis pokok yang hidup dalam
pelbagai habitat, boleh ditemui di sekitar kampung sehinggalah ke pedalaman
hutan.
Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar PPSB, Wan Mohd
Shuhaimi Wan Aziz serta wakil BioBenua Teknoloji Sdn Bhd, Roslan Ali.
0 komen: