Saturday, 27 October 2018

PIALA MALAYSIA 2018 : Lautan Hitam Putih Semarak Sokongan

SHARE


Oleh : Syaiful Mustafa

SHAH ALAM, 27 Oktober - Lautan hitam putih memenuhi Stadium Shah Alam bermula jam 3 petang ini bagi menzahirkan sokongan buat pasukan Terengganu yang bakal menentang Perak, di pentas final Piala Malaysia edisi ke-92, malam ini.

Sebaik sahaja pintu B dan C untuk laluan penyokong Sang Penyu dibuka pada jam 4 petang ini, kelihatan orang ramai mula memasuki ruang tempat duduk stadium dan mula memenuhi setiap sudut dalam tempoh dua jam.


Suasana gegak gempita dengan laungan kira-kira 30,000 penyokong yang bersorak sebaik sahaja pemain Terengganu (TFC) memasuki padang sebagai sesi pengenalan bersama pegawai pasukan dan ketua jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim.

Pengacara majlis turut memberi laluan kepada Irfan membuat ucapan sebelum pasukan itu turun beraksi kurang sejam lagi, di hadapan penyokong setia hitam putih itu.



Irfan berjanji untuk memastikan anak buahnya mempamerkan persembahan terbaik untuk penyokong yang sanggup menempuhi perjalanan jauh demi melihat kejayaan pasukan yang dicintai, Terengganu.

Dalam pada itu, pelbagai aksi dan gaya penyokong dapat dilihat dengan masing-masing turut membawa bersama bendera, sepanduk dan tidak kurang juga yang mengecat wajah dengan warna hitam putih serta mengenakan kostum menarik.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: