Monday, 29 October 2018

PIALA MALAYSIA 2018 : Ibarat Luka Lama Berdarah Kembali

SHARE
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah turun ke padang memberi kata-kata semangat kepada pemain Terengganu sebelum mengharungi perlawanan final yang menyaksikan Sang Penyu muncul sebagai naib juara Piala Malaysia 2018.
Oleh : Mohd Zukifli Mat

SHAH ALAM, 28 Oktober - Kekalahan Terengganu menentang Perak, di Stadium Shah Alam, kelmarin boleh diibaratkan seperti luka lama berdarah kembali yang mengulangi sejarah 20 tahun lalu, juga tewas menentang lawan yang sama pada pertemuan final menerusi penentuan penalti 5-3.

Timbalan 1 Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menyifatkan Terengganu FC sudah membuktikan kemampuan dan kesungguhan pada perlawanan yang dipenuhi pelbagai aksi dan dramatik yang memukau penyokong.

"Namun rezeki tidak memihak kepada kita.Saya harap ia akan menjadi final yang sentiasa diingati sepanjang sejarah 120 minit yang mana kali terakhir Perak pernah menewaskan Terengganu 5-3 pada penentuan sepakan penalti 20 tahun lalu, cerita yang sama berulang," katanya ketika mengulas mengenai perlawanan  akhir itu, semalam.

Terengganu terpaksa akur dengan kelebihan jaringan Perak dalam penentuan sepakan penalti (4-1) selepas mengheret perlawanan ke masa tambahan yang berkesudahan seri 3-3, pada aksi final Piala Malaysia 2018, di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Terengganu pada awalnya dilihat menguasai perlawanan di separuh masa pertama itu mendahului 2 gol tersentak apabila Perak bangkit pada separuh masa kedua sebelum mengikat kembali keputusan 2-2 sama dan mengheret Terengganu ke masa tambahan.

Faiz Nasir antara pemain yang menjadi tumpuan apabila meledakkan satu gol berharga buat Terengganu pada masa tambahan.

Bersambung masa tambahan Faiz Nasir meletakkan Terengganu kembali dihadapan hasil satu tendangan cantik menewaskan penjaga gol perak sebelum keadaan kembali seri selepas jaringan sendiri Igor Zonjic pada masa kecederaan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, perlawanan epik itu menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan hanya 10 pemain selepas seorang pemain setiap pasukan dilayangkan kad merah yang turut mengubah sedikit rentak penguasaan.

Katanya lagi, kali pertama Terengganu berjaya membawa pulang Piala Malaysia, 17 tahun yang lalu selepas menundukkan Perak 2-1 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: