Wednesday, 10 October 2018

21 Pesakit Hospital Setiu Disantuni

SHARE



Oleh: Abd Muhaimin

SETIU- Seramai 21 pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Setiu menerima kunjungan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman di hospital itu, 9 Oktober.

Beliau mengunjungi pesakit berkenaan sambil bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan mereka yang sedang ditimpa ujian Allah SWT.

"Seramai 21 orang pesakit telah kita santuni hari ini yang mana terdiri dari pelbagai lapisan umur dan sedang dirawat di Wad Lelaki Hospital Setiu.

"Dalam pada masa yang sama, sedikit sumbangan telah kita hulurkan bagi meringankan beban pesakit di sini.


"Saya doakan semoga tuan semua di kurniakan kesihatan yang lebih baik dari Allah, dengan ucapan (Syafakallah). Untuk masa akan datang, insyaAllah kita hadir lagi bagi pertemuan dengan pesakit di wad lain,"katanya.

Turut mengiringi beliau Ketua Jururawat, Azlina Harun, Ketua Hal Ehwal Masyarakat DUN, Tuan Hassan Basari Wan Omar dan Setiausaha Kerja DUN, Arman Nulamir Wahab.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: