Sunday, 7 October 2018

Peristiwa Besar Islam, Kuatkan Hubungan Dengan Allah

SHARE

Oleh:Ahmad Mawardi


Umat Islam dituntut melaksanakan ibadah kerohanian termasuk memperingati peristiwa besar dalam Islam seperti hari ke-10 Muharam, atau di dalam bahasa Arab disebut Asyura supaya dapat memperkuatkan persaudaraan sesama masyarakat dan memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Harun berkata, Islam agama yang diredhai oleh Allah SWT dan hasil dari perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW semua umat dapat bersama-sama merasai nikmat persaudaraan Islam ini.

"Dakwah pedagang Islam dahulu menjadi sejarah melalui sungai Terengganu inilah yang sampai kepada datuk nenek moyang kita dengan memberi perubahan daripada jahil kepada kenal dan diterapkan Islam sebenar," ujarnya.


"Umat Islam perlu memperbanyakkan program penghayatan peristiwa besar Islam seperti ini dalam memupuk masyarakat memperingati dan memahami pengajaran Islam,"katanya.

Beliau berucap demikian ketika majlis penutup Program Jalinan Kasih dan Memasak Bubur Asyura bersama YB Manir di Dataran Sungai Pasir Tebakang Manir, di sini, 6 Oktober.

Turut hadir, Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu Azmi Razif dan juga Penghulu Mukim Manir,  Khairol Syahril Othman.

Program berjalan lancar bermula 7 pagi  sehingga 5 petang hasil gabungan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pasir Tebakang Manir, Unit Peti Undi Beladau Kolam dan masyarakat setempat.

Acara sampingan turut diadakan seperti pertandingan melukis peringkat kanak-kanak, pertunjukan ayam ratu dan pertunjukan seni silat gayung.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: