Sunday, 7 October 2018

Pengerusi PBK Supplies & Services Tinjau PBKSB, Kemaman

SHARE


Oleh: Syed Kamal

KEMAMAN -  Ahli Lembaga Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) yang baru, Haji Ahmad Amzad Hashim mengadakan lawatan induksi ke Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. (PBKSB), Teluk Kalong, di sini, 3 Oktober.

Beliau yang juga Pengerusi PBK Supplies & Services terlebih dahulu menerima taklimat daripada General Manager PBKSB, Md Nasir Ahmad.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor; Ahli Lembaga Pengarah PBK Supplies & Services, Hazri Jusoh dan Sarifah Seman.


Lawatan berkenaan bertujuan meninjau dengan lebih dekat pelbagai operasi yang dijalankan di KSB.


Dalam kunjungan itu, Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mahu supaya anak syarikat kerajaan negeri terus maju dan menepati tema kerajaan dalam membina negeri yang maju, berkat, serta sejahtera.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: