Thursday, 11 October 2018

Penduduk Seberang Takir Bersiap Siaga Hadapi Banjir

SHARE


OLEH: Hailmey Mansor

KUALA NERUS –Penduduk di daerah ini, terutama  mereka yang tinggal di Seberang Takir diminta bersedia lebih awal  dengan menyediakan kelengkapan yang sepatutnya bagi menghadapi kemungkinan banjir  dijangka akan melanda Terengganu  pada  awal November ini.

Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir Mohd Fazil Wahab, berkata  umum sedia maklum, musim tengkujuh akan berlaku pada akhir tahun, jadi sudah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk bersedia dalam segala aspek untuk membantu masyarakat dalam menghadapi bencana ini.

“Saya berharap semua yang terlibat dalam jawatankuasa ini bersedia daripada segi mental dan fizikal kerana musim tersebut tidak menunggu kita walaupun sesaat pun,” katanya

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Jawantankuasa Pengurusan Bencana (Banjir) peringkat Seberang Takir di Balai Raya Teluk Ketapang petang semalam (10 Oktober).

Mesyuarat itu turut disertai oleh semua agensi kerajaan seperti Bomba,Jabatan Kerja Raya dan sebagainya yang berada disekitar Seberang Takir termasuk Pengerusi-Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terlibat dengan kawasan yang berpotensi terkena bencana banjir ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: