Oleh
: Saifullah Jusoh
BESUT
- Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman
Abdullah mengingatkan agar mereka yang dilantik sebagai pemimpin termasuk kepimpinan
di peringkat kampung perlu menjaga kebajikan rakyat.
Katanya,
sebagai ketua juga seseorang pemimpin itu perlu mempunyai sifat baik yang boleh
dicontohi anggota masyarakat.
"Apabila
kita dipilih sebagai pemimpin, kita tidak boleh ada tiga sifat ini. Yang
pertama sifat kedekut untuk menggunakan duit atau harta kita bagi membantu
rakyat yang ada di sekeliling kita,"
"Yang
kedua ialah kita tidak boleh ada sifat cintakan dunia yang akan menyebabkan
kita mengabaikan tanggungjawab kita yang sebenar iaitu menjaga kebajikan
rakyat.
"Kemudian
sifat ketiga yang tidak boleh ada pada kita ialah terlalu mengikut hawa nafsu.
Sifat ini akan merosakkan kita yang dikurniakan sedikit jawatan di atas muka
bumi ini,” ujarnya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Pengurusan dan Peranan
Penyelaras i-MiTS dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kuala Besut di Dewan Serbaguna Taman Seri Seratus, Kuala Besut (28
September)
Turut
hadir, Penyelia i-MiTS Parlimen Besut, Shalahudin Jaafar, Pegawai Penyelaras
DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh dan
Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.
0 komen: