Monday, 22 October 2018

Pelantikan MPKK - Husam Ketinggalan

SHARE
Dr Azman Ibrahim.
KUALA TERENGGANU, 22 Oktober - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim menyifatkan bahawa Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Husam Musa jauh ketinggalan dalam isu pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Menurutnya, terdahulu, beliau hadir dalam mesyuarat Exco bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar atas kapasiti Exco Pembangunan Desa Negeri Terengganu yang membincangkan soal penyelarasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Jelas diputuskan dalam mesyuarat tersebut bahawa MPKK ialah di bawah bidang kuasa Pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Pusat tidak campur tangan sedikit pun hal perlantikan MPKK.

"Di Terengganu dari bulan Julai 2018 lagi kita dah selesaikan pelantikan semua 1,700 MPKK tanpa campur tangan kerajaan pusat walaupun MPKK turut mendapat peruntukan Pusat.

"Terengganu ialah negeri yang pertama menyelesaikan pelantikan MPKK.

"Kementerian yang bertanggungjawab dalam hal MPKK ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Siapa Husam dalam Kementerian ini untuk membuat kenyataan?," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, semalam, mengulas tentang kenyataan Husam Musa yang mendakwa bahawa MPKK merupakan agensi gantian kepada JKKK.

Tambah Dr Azman lagi, Kabinet juga telah memutuskan semua JKKK dimansuhkan.

"Saya dah tanya berulang kali dengan Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YB Sivarasa Rasiah adakah Kerajaan Pusat berhasrat utk mewujudkan Institusi Penghulu Persekutuan di Kelantan dan Terengganu?

"Jawab Timbalan Menteri, "Tidak sama sekali! Kita tak akan ulang apa yang Umno buat."," jelasnya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: