Thursday, 11 October 2018

MPKK Sendi Kepada Kerajaan Negeri

SHARE

Oleh : Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menjadi sendi kepada kerajaan negeri bagi menyampaikan dasar dan polisi kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerajaan negeri melantik MPKK untuk menjadi perantara bagi menyampaikan dasar dan polisi yang digubal di peringkat negeri dapat disampaikan kepada rakyat dengan jelas dan tepat.

“Ini adalah sendi yang sangat penting supaya setiap dasar dan polisi yang dibuat di peringkat negeri sampai kepada rakyat, jika sendi ini tidak berfungsi dengan baik maka akan berlaku perkara yang tidak dingini dan tidak sampai maklumat kepada rakyat dengan baik," katanya.


Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Pertemuan Antara Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Batu Buruk Bersama-sama Agensi Kerajaan di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini, 11 Oktober .


Turut sama, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Terengganu, Khairul Anuar Mohd, Pengurus Seketeriat Tabung Darul Iman (TDI), Wan Fahmi Wan Mohd, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Batu Buruk, Ustaz Abu Bakar Salleh dan  Ahli Jawatankuasa MPPK berkenaan.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: