Monday, 22 October 2018

MPKK Perlu Laksana Amanah

SHARE
Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berucap merasmikan Seminar MPKK Bantuan Kebajikan Kemasyarakatan.
Oleh: Syaharulhafizi Shamsudin

MARANG, 22 Oktober - Amanah yang telah diberikan perlu kepada ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu dilaksanakan kerana akan dihisab oleh Allah di hari akhirat kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, jawatan bukan satu kemuliaan tetapi amanah besar yang perlu dipikul.

“MPKK bertanggungjawab dalam membantu penduduk kampung dalam permohonan bantuan dan juga melakukan tindakan susulan.

"Semua ahli MPKK mesti mengambil peranan, bukan hanya pengerusi.

"Apa yang dilakukan ini adalah satu tanggungjawab menjaga kebajikan penduduk terutama yang memerlukan bantuan serta bukan bergantung semata-bergantung kepada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar MPKK Bantuan Kebajikan Kemasyarakatan anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Payung di Dewan Sivik Bukit Payung, kelmarin.


Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut memuji inisiatif yang dilakukan oleh sebahagian MPKK dalam DUN Bukit Payung memperuntukkan hari khas untuk membantu penduduk kampung berkaitan permohonan iDANA atas talian.

"Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli MPKK berkaitan saluran bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri," jelasnya.


Dianggarkan kira-kira 200 peserta dari wakil MPKK di dalam DUN Bukit Payung hadir.

Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti Jabatan Kebajika Masyarakat Negeri Terengganu, Ghazali Awang dan Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), Ustaz Mohd Aiman A Rahman.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: