Sunday, 7 October 2018

MPKK Perlu Jadikan Pusat Khidmat Masyarakat Sebagai Sumber Rujukan

SHARE

Orang ramai yang hadir pada Majlis Pusat Khidmat Dun Bukit Tunggal 


Oleh : Safwan Syakir

KUALA NERUS 6 – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  disaran menjadikan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)  yang dilengkapi kemudahan internet sebagai  tempat rujukan, pembelajaran dan penggunaan teknologi maklumat  untuk masyarakat setempat 

Golongan itu boleh memanfaatkan PKM untuk membantu penduduk mengisi borang bantuan, persekolahan, pengajian tinggi dan sebagainya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal,  Dr. Alias Razak, berkata bagi  dia menyeru agar pegawai PKM  dan MPKK  perlu mahir dalam bidang ITi supaya tidak ketinggalan mengikuti perkembangan arus perdana yang semakin canggih.

Katanya, perkara itu memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling tanpa mengira latar belakang parti memastikan semua kebajikan dan  kepentingan masyarakat terjaga, semua pihak mestilah bekerjasama berganding bahu.

“Ini termasuk melaporkan isu-isu berbangkit kepada agensi yang berkenaan seperti Majlis Daerah, Majlis bandaraya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta banyak lagi agensi berkaitan kerajaan yang lain,”’ katanya ketika berucap merasmikan Pusat Khidmat Dun Bukit Tunggal, semalam.

Sementara itu, Beliau juga turut mengingatkan hadirin agar menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah sarap di merata tempat.

 “Budaya ini bermula daripada diri kita, keluarga dan masyarakat agar keindahan alam dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

 “Harapan saya agar semua pihak memainkan peranan sebaiknya agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan sempurna disamping mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah,”katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: