Thursday, 11 October 2018

MPKK Jangan Pilih Kasih

SHARE

Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT - Semua ahli jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) khususnya di Kuala Besut diminta supaya jangan sesekali pilih kasih terhadap rakyat di bawah jagaan mereka.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh menyeru kepada semua AJK MPKK menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak meminggirkan mana-mana pihak yang layak mendapat pembelaan.



"Pihak MPKK tidak seharusnya mengamalkan sikap pilih kasih seperti yang diamalkan oleh pihak kerajaan yang terdahulu supaya semua rakyat dapat menikmati hasilnya.

"Semua MPKK di setiap kampung perlu turun ke rumah-rumah penduduk bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana kita mudah untuk menyalurkan bantuan ataupun sumbangan yang selayaknya mereka dapat daripada pihak kerajaan," katanya.

Azbi berkata demikian ketika menziarahi penduduk yang menderita sakit kronik dan uzur di Kampung Teluk Bayu dan Kampung Pengkalan Atap, di sini, 10 Oktober 2018.

Turut hadir, AJK MPKK Kampung Pengkalan Atap dan Kampung Teluk Bayu.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: