Friday, 12 October 2018

MPKK, i-MiTS Mak Lagam Ziarah Pesakit Kronik

SHARE

Oleh:Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai bersama-sama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mak Lagam turun padang menziarahi masyarakat di sekitar kampung itu, 10 Oktober.

Isteri ADUN Cukai, Hajjah Zahiyah Abdul Rahman turut serta dalam ziarah berkenaan bersama kakitangan i-MiTS.

Zahiyah berharap semua pesakit memohon Bantuan Tabung Darul Iman (TDI) seperti lampin pakai buang dan susu bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

"Semoga dengan ziarah ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang dihadapi oleh mereka,"katanya.


Antara pesakit yang dikunjungi, Mohamad Noor Mohamad, 64 yang mengalami sakit strok sejak tiga bulan lalu.

Seorang lagi pesakit, Muhammad Aqif Darwish Mohd Nasir, 3, buta kedua-dua mata akibat kemalangan ketika berusia lapan bulan.


Bagaimanapun Mohamad sudah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, manakala Aqif juga sudah menerima RM350 sebulan.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: