Monday, 8 October 2018

Litar Lumba Gong Badak Sesuai Untuk Aktiviti Permotoran

SHARE


Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA NERUS- Kompleks Sukan Negeri Gong Badak mempunyai kemudahan yang banyak termasuk litar lumba yang sesuai untuk sukan permotoran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, penganjuran Cub Prix Petronas di Stadium Gong Badak, Kuala Nerus baru-baru ini mengambarkan kerajaan negeri mengambil berat tentang sukan permotoran.

“Terengganu yang mempunyai litar lumba bertaraf antarabangsa telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada acara Cub Prix Petronas kali ini, malah lebih membanggakan apabila   anak jati Terengganu memenangi salah satu acara dipertandingkan,” ujarnya


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Sukan Cub Prix Petronas di Stadium Gong Badak, Kuala Nerus (6 Oktober).

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Hishamudin Abdul Karim.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: