Sunday, 21 October 2018

Lebih 300 Meriahkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan

SHARE


SETIU- Lebih 300 orang memeriahkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat negeri yang diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Bukit Tanah Jabi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau berbesar hati apabila penganjuran sambutan itu diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi.


“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu kerana memilih Dun Jabi sebagai tuan rumah Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu pada tahun ini.

“Kebetulan kampung Bukit Tanah ialah kampung kelahiran saya. Kita mahu budaya membaca dan budaya ilmu disemaikan sehingga ke peringkat yang paling bawah dalam masyarakat. Biar kita kaya dengan ilmu kerana ilmu akan menjaga kita berbanding kaya harta yang perlu kita jaga.

“Apatah lagi Kampung Bukit Tanah telah melahirkan ramai bijak pandai yang berbakti dalam pelbagai bidang kepada masyarakat,” ujarnya dalam satu kenyataan. (20 oktober).

Katanya, acara sambutan dimeriahkan dengan pelbagai pengisian termasuk melibatkan masyarakat setempat.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: