Monday, 22 October 2018

Krisis Syria; Kerajaan Persekutuan Disaran Ambil Inisiatif

SHARE
Kerajaan Perskutuan disaran ambil inisiatif politik bantu krisis yang berlaku di Syria dengan kebalikan semula keamanan  di sana. Foto - Nor Hailmey
KUALA NERUS, 22 Oktober - Kerajaan Persekutuan disarankan  mengambil inisiatif politik untuk membantu krisis yang berlaku di Syria dengan mengembalikan semula keamanan di negara Timur Tengah itu.

Ketua Delegasi Kemanusiaan Iman Care, Dr Suhazeli Abdullah berkata, sebagai sebuah badan kerajaan, pihaknya hanya menghantar  bantuan yang tidak  melibatkan politik.

“Sebelum ini lebih kurang 6 atau 7 tahun kita terlibat dengan NGO dan kebanyakannya lebih kepada menghantar bantuan yang tidak melibatkan politik.

“Ini adalah  langkah yang mungkin agak terkebelakang sedikit dan dengan adanya kerajaan baru dalam negara kita dan di Terengganu sendiri, insya-Allah  boleh  memberi satu inisiatif dari sudut  politik  untuk membantu mereka mengembalikan  semula  keamanan di sana,” jelasnya.


Beliau yang juga Pakar Kesihatan Keluarga berkata demikian ketika ditemui bersama Delegasi  Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kelmarin.

Oleh itu kata beliau, pihaknya bersama 14 NGO telah berjaya mengumpulkan dana kewangan sebanyak RM400 ribu  yang akan disumbangkan kepada pelarian di sempadan Turki.

“Yang pertama, untuk menyampaikan bantuan  dari sudut barangan selimut  baju sejuk dan juga sedikit perubatan.

“Yang kedua, kita akan melakukan kunjungan kepada sekolah anak  yatim yang sebelum ini kita sudah pergi buat lawatan. Mengikut keperluan, kita akan sampaikan juga bantuan kepada sekolah tahfiz.

“Yang ketiga, kita insya-Allah akan mengadakan satu simposium yang khusus kepada pelarian Syria  ini bagi mengambil sudut yang lain untuk membantu mereka pada masa akan datang,” kata beliau.

Menurutnya, pihaknya akan juga bertemu dengan beberapa NGO tempatan yang berada  di Turki.

Keutamaan buat masa ini katanya ialah persedian menghadapi musim sejuk yang melampau sehingga mencecah kosong darjah celcius.

“Di sini pentingnya pemanas  di khemah- khemah mereka. Selimut dan baju yang tebal  dan akhir sekali pemakanan. Sebab  bila  musim sejuk tak dapat keluar mencari rezeki,” katanya.

Katanya, sebahagian derma yang disampaikan kepada NGO di sana adalah bagi membeli keperluan yang akan diagihkan nanti.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: